Khamis, 8 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah 2012

Hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP Pibg sekolah. Persembahan kebudayaan oleh murid-murid adalah di antara acara yang mengisi majlis.

Rabu, 7 November 2012

Persediaan Hari Anugerah 2012 & Konvokesyen Pra Sekolah

Persediaan Hari Anugerah 2012 & Konvokesyen Pra Sekolah diadakan pada hari ini.Semua guru dan murid menjalankan latihan demi memastikan acara sebenar berjalan dengan lancar.

Selasa, 6 November 2012

Jamuan Akhir Tahun Kelas

Jamuan akhir tahun beberapa kelas telah diadakan hari ini. Di antaranya kelas tahun 6, 5 dan 4. Guru-guru telah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan oleh murid-murid kelas tersebut.

Jumaat, 2 November 2012

Pemulangan Buku Teks Tahun 2012

Pemulangan Buku Teks Tahun 2012 dilakukan pada waktu pagi. Guru-guru kelas akan berada di kelas masing-masing untuk proses pemulangan buku. Semua murid dikehendaki memulangkan buku mereka kepada guru-guru kelas mereka.

Selasa, 30 Oktober 2012

Mesyuarat SPSK & Hari Anugerah 2012

Mesyuarat SPSK dan Hari Anugerah telah diadakan di bilik guru. Ia membincangkan perkara berkaitan SPSK dan Hari Anugerah yang bakal berlangsung. Selain itu, beberapa perkara lain seperti jamuan akhir tahun turut disentuh.

Selasa, 16 Oktober 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Peperiksaan akhir tahun 2012 bermula pada hari ini sehingga Khamis, 18 Okt 2012. Ia akan diambil oleh murid-murid Tahun 3 sehingga Tahun 6. Semoga berjaya dengan cemerlang diucapkan kepada mereka.

Selasa, 9 Oktober 2012

Perkhemahan Perdana 2012

Pada 5 dan 6 hb Oktober yang lalu, telah diadakan perkhemahan perdana di padang bola jaring sekolah. Ia telah disertai oleh murid-murid Tahap 2. Pelbagai program telah diadakan seperti pembinaan gajet, malam kebudayaan dan lain-lain lagi.

Khamis, 27 September 2012

Taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru

Taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) telah diadakan di makmal komputer oleh cikgu Norazuwa. Beliau menerangkan kepada cikgu-cikgu SKTA bagaimanakah caranya mengisi maklumat ke dalam sistem tersebut. Ia boleh dilayari di http://apps.moe.gov.my/splg/.

Selasa, 25 September 2012

Video Alam Sekitar SKTA

Video SKTA yang memasuki Pertandingan Alam Sekitar


Peta lokasi dan kalendar

Peta lokasi sekolah telah ditambah pada laman Hubungi Kami. Sila klik pada butang yang terdapat di peta untuk mengubah paparan. Manakala kalendar di blog telah ditukarkan kepada yang baru.

Sabtu, 22 September 2012

Persekolahan ganti cuti Hari Raya Aidilfitri

Persekolahan ganti cuti Hari Raya Aidilfitri berjalan hari ini. Ia menggantikan cuti yang diambil pada 17 Ogos 2012 yang lalu.

Mesyuarat guru kali ke 5 juga telah diadakan selepas waktu persekolahan.

Selasa, 18 September 2012

Selamat datang kepada GPK Koku yang baru

Selamat datang kepada GPK Koku yang baru iaitu Encik Sugimin Bin Ahmad. Beliau akan memulakan tugas hari ini setelah menggantikan Encik Muhamad bin Sohaini yang berpindah ke SK Kompleks Uda.

Isnin, 17 September 2012

Cuti Umum Sempena Hari Malaysia 2012

Cuti umum sempena Hari Malaysia 2012 yang berlangsung pada 16 September 2012.

Jumaat, 14 September 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, Sambutan Hari Raya 1433H / 2012 & Majlis Perpisahan GPK Ko-Kurikulum

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, Sambutan Hari Raya 1433H / 2012 & Majlis Perpisahan GPK Ko-Kurikulum telah dijalankan serentak pada hari ini.

Para guru dan kakitangan SKTA bergambar bersama-sama

Selasa, 11 September 2012

UPSR 2012

UPSR 2012 telah bermula secara rasminya. Semua murid-murid tahun 6 akan menghadapi UPSR sepanjang minggu ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka semua.

Majlis Restu Ilmu UPSR SKTA 2012

Sehari sebelum bermulanya UPSR telah diadakan Majlis Restu Ilmu 2012 peringkat sekolah bagi memberikan peluang murid-murid Tahun 6 meminta keredhaan ilmu daripada para guru. Majlis diadakan pada perhimpunan pagi tersebut.

Poster Majlis Restu Ilmu UPSR 2012

Doa memohon keredhaan sebelum hari peperiksaan

Murid-murid Tahun 6 memohon kemaafan daripada guru-guru

Untuk lebih foto, sila ke laman Facebook SKTA.

Sabtu, 8 September 2012

Keputusan Pemenang Pertandingan Blog Sekolah Pintar MSC IM

Semalam telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan membuat blog sekolah yang dianjurkan oleh IRDA baru-baru ini. Ia telah diadakan di Iskandar Malaysia Information Center (IMIC). Keputusan pemenang pertandingan tersebut telah diumumkan di mana SKTA telah mendapat nombor 6 dengan membawa pulang sijil penyertaan dan trofi.

Sijil Penyertaan dan Trofi Blog

Isnin, 3 September 2012

Lawatan Pratonton Khas ke Legoland

Guru-guru SK Tanjong Adang telah dijemput untuk menghadiri lawatan pratonton khas ke Legoland Malaysia di Nusajaya pada pukul 10 pagi sehingga pukul 6 petang. Tiket lawatan akan dikeluarkan di kaunter masuk.


Isnin, 13 Ogos 2012

Ujian PKSR 2 Tahun 2012

Ujian PKSR 2 Tahun 2012 bermula pada hari ini sehingga 15 Ogos 2012. Ia melibatkan Tahun 3, 4, 5 dan 6 sahaja.

Khamis, 9 Ogos 2012

Majlis Solat Hajat & Berbuka Puasa SKTA 2012

Majlis Solat Hajat & Berbuka Puasa SKTA 2012 dengan tema 'Solat Membina Generasi Rabbani' telah dijalankan pada pukul 6.30 petang sehingga 9.30 malam di Dewan Besar SK Tanjong Adang.

Objektif
  1. Sempena UPSR 2012
  2. Supaya murid-murid lebih bersemangat untuk menghadapi UPSR 2012
  3. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibubapa serta masyarakat setempat
Sasaran

Guru, staf, ibubapa, dan murid-murid Tahun 6

Aturcara Majlis

7.00 malam
-
Ketibaan para jemputan dan majlis berbuka puasa
7.30 malam
-
Solat Maghrib

-
Jamuan / Makan Malam

-
Ucapan Guru Besar
8.40 malam
-
Solat Isyak

-
Solat Terawih

-
Solat Hajat

-
Sumbangan kepada murid-murid yatim & miskin

-
Bersurai

Isnin, 6 Ogos 2012

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012 telah dilancarkan pada waktu perhimpunan pagi di Dataran Kejat. Ia telah dirasmikan oleh Guru Besar.

Aturcara Majlis

7.20 pagi
-
Guru-guru dan murid berhimpun

7.30 pagi
-
Majlis bermula



1.       Bacaan doa khas oleh ustaz Zahid bin Hashim

2.       Nyanyian
§  Lagu negeri Johor
§  Lagu sekolah

3.       Ucapan guru besar SKTA seterusnya melancarkan program Bulan Kemerdekaan 2012

4.       Persembahan pelajar
§  Deklamasi sajak
§  Nyanyian lagu patriotik

5.       Laungan 7 kali ‘Merdeka’ oleh encik Azri Abd Aziz

6.       Negaraku


Poster Sambutan Kemerdekaan 2012

Untuk lebih foto, sila ke laman Facebook SKTA

Isnin, 30 Julai 2012

Lagu Sekolah Versi Instrumental

Lagu sekolah versi instrumental telah boleh dimainkan di laman Lagu. Sila klik butang berkaitan untuk memulakan lagu.

Selasa, 24 Julai 2012

Ujian Peperiksaan Percubaan UPSR

Ujian Peperiksaan Percubaan UPSR (UPP) bagi pelajar tahun 6 bermula hari ini sehingga hari Khamis. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka.

Rabu, 18 Julai 2012

Hari Sukan 2012

Hari Sukan 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran beberapa orang pelawat yang terdiri daripada ibubapa pelajar SKTA telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Akhir sekali, upacara penurunan khemah telah dilakukan oleh warga SKTA.

Lintas hormat perbarisan

Hadiah-hadiah untuk pemenang pertandingan

Acara sukaneka untuk ibubapa yang hadir

Untuk lebih foto, sila ke laman Facebook SKTA.

Selasa, 17 Julai 2012

Raptai Hari Sukan

Raptai Hari Sukan dan menghiaskan khemah rumah sukan telah dilaksanakan oleh semua warga SKTA yang terlibat.

Isnin, 16 Julai 2012

Taklimat YGMB

Satu taklimat berkaitan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah disampaikan oleh 2 orang wakil mereka kepada semua guru SKTA.

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat telah dilaksanakan pada hari Sabtu lepas dengan jayanya. Kem tersebut telah dikunjungi oleh kakitangan daripada Jabatan Perhilitan.

Jumaat, 13 Julai 2012

Pemasangan Khemah Hari Sukan

Pemasangan khemah untuk hari sukan sekolah yang akan berlangsung pada minggu hadapan telah dilakukan oleh semua guru-guru lelaki.

Khamis, 12 Julai 2012

Sukantara 2012

Acara sukantara telah berlangsung di padang sekolah pada sebelah pagi.

Rabu, 11 Julai 2012

Saringan Pemilihan Peserta Sukan

Acara saringan pemilihan peserta sukan yang akan mewakili rumah masing-masing telah dilaksanakan di padang sekolah.

Selasa, 10 Julai 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan & Raptai Hari Sukan

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan yang berlangsung secara serentak di seluruh sekolah di Malaysia telah disertai oleh semua warga SKTA.

Penyediaan peralatan oleh guru PJK

Pemanasan badan sebelum senamrobik dilakukan

Senamrobik 1M1S yang dilakukan oleh semua warga SKTA

Untuk lebih foto, sila ke laman Facebook SKTA.

Raptai Hari Sukan sekolah pula telah berlangsung selepas acara senamrobik tersebut.

Isnin, 9 Julai 2012

Latihan Senamrobik 1M1S

Latihan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan diadakan di Dataran Kejat pada waktu perhimpunan pagi.

Khamis, 21 Jun 2012

SELAMAT DATANG

Kami warga SK Tanjong Adang mengalu-alukan kedatangan anda ke sekolah kami...